kisah sedih buat renungan……

September 19th, 2005 by azkam

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu….. Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu….. Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak….. adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat. Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan. Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma…," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan. Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah! Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam….. pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu…," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit. Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!! Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!’. Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta- ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah….. tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap….., pulanglah anakku,Nur Amana! Aduhai, kisah Natrah berulang kembali….. Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir….. Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita…..

Sedarlah!!! Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI……. MALAYSIA khasnya….

masa tgh rajin update blog….

September 15th, 2005 by azkam
Your Birthdate: March 20
Your birth on the 20th day of the month adds a degree of emotion, sensitivity, and intuition to your reading.
The 2 energy provided here is very social, allowing you to make friends easily and quickly.
Yet you are apt to have a rather nervous air in the company of a large group.

You have a warmhearted nature and emotional understanding that constantly seeks affection.
You are very prone to become depressed and moody, as emotions can turn inward and cause anxiety and mental turmoil.
It can be hard for you to bounce back to reality when depression sets in.
When things are going well, you can go just as far the other way and become extremely affectionate.

nih pasal bday aku!!!hehhehehe….sajer nak nunjuk…..xder ar!!isi masa lapang xda kerja…..

pendapat baru pasal isu imam mahadi….trimas qhad.

September 15th, 2005 by azkam

Assalamu’alaikum warahmatullah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Pastinya ramai di antara kita yang pernah menerima email yang menceritakan tentang kegemparan tahun 2005, iaitu peristiwa gerhana 2 kali dalam bulan Ramadhan yang dikaitkan dengan kedatangan Imam Mahdi. Terdapat dua email yang agak popular, pertamanya menceritakan kaitan di antara peristiwa gerhana dengan kemunculan al-Mahdi. Kandungan email ini merupakan ringkasan daripada buku karangan Muhammad Amin Jamaluddin yang berjudul "Huru Hara Di Akhir Zaman." Manakala email yang kedua pula adalah kesinambungan daripada email yang pertama, yang kononnya mengesahkan lagi dakwaan kemunculan al-Mahdi dari email sebelumnya. Ia giat disebarkan setelah kematian Raja Fahd baru-baru ini.

* teks berwarna kuning adalah petikan ini adalah daripada forwarded email yang diterima

1. Di antara kandungan email pertama adalah petikan hadith yang diriwayatkan dari Imam Ja’afar Shadiq rahimahullah:

"Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad.."   (Ikmal ad-Deen ms 361)

Ianya dikatakan sebagai petanda awal kemunculan Imam Mahdi. Tidak kurang juga yang menokok tambah dengan mengatakan bahawa dua gerhana ini merupakan petanda awal berlakunya Qiamat! Peristiwa dua gerhana ini dijangka dapat disaksikan pada Ramadhan yang bakal menjelang, menjadikan tahun 2005 sebagai tahun yang gempar.

Pertamanya, harus diingat peristiwa dua gerhana pada bulan Ramadhan ini sebenarnya telahpun berlaku pada tahun 2003 yang lalu, dan isu yang sama turut dimainkan pada tahun tersebut. Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang kemunculan Imam Mahdi. Hakikatnya, sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan bumi masih berputar seperti biasa, tanpa apa-apa berita tentang al-Mahdi.

Keduanya, hadith tersebut dikatakan adalah dari sumber kaum Syiah yang diragui keshahihannya (bahkan sesetengahnya menganggap ia adalah hadith rekaan kaum Syiah). Pernah satu ketika para Sahabat radhiallahu ‘anhum mengaitkan peristiwa gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan kewafatan putera Rasulullah yang bernama Ibrahim. Nabi lantas menyangkalnya dengan sabda Baginda yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya, dirikanlah solat.."   (Shahih Muslim)

Rasulullah menegaskan kepada para Sahabat bahawa kejadian gerhana tiada kaitan dengan kewafatan puteranya, bahkan sama sekali tidak harus dikaitkan dengan kematian atau kelahiran seseorang. Justeru kejadian gerhana yg dijangka berlaku Ramadhan ini tidak harus dikaitkan dengan kemunculan al-Mahdi. Desas desus yang mengaitkan kematian Raja Fahd dengan kemunculan Imam Mahdi juga adalah tertolak. Ia perlu dilihat sebagai satu daripada Sunnatullah yang pasti juga akan berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa.

2. Turut dinyatakan dalam email yang kedua (sambungan daripada email yang pertama), tarikh-tarikh yang perlu diperhatikan adalah:

* Ogos 2005/Rejab 1426 - Kematian Raja Fadh
* September 2005/Syaaban 1426    
* Oktober 2005/Ramadhan 1426
      - Gerhana di awal bulan
      - Bunyi yang menggerunkan di tengah bulan (malam)
      - Gerhana di tengah bulan (siang)
      - Ada tanda di langit seperti tiang bersinar
* November 2005/Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara
* Disember 2005/Zulqaedah 1426 - Konflik antara negara Islam/suku kaum
* Januari 2006/Zulhijjah 1426 - Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
* Februari 2006/Muharam 1427 (Hari Asyura) - Imam Mahdi dibai’ah


Bahkan dalam email yang pertama, tarikh-tarikh kejadian tersebut dinyatakan dengan terperinci (exact dates)! Ramalan-ramalan ini disangkal melalui firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Qiamat.."   (Luqman: 34)

Harus diingat bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam serta Jibril ‘alaihissalam, sebagai makhluk yang paling hampir dengan Allah, juga tidak memiliki pengetahuan tentang bilakah terjadinya Qiamat. Baginda juga tidak memiliki pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib, melainkan apa yang telah dikhabarkan oleh Allah kepadanya. Dalam satu hadith shahih yang panjang yang diriwayatkan dari Saidina Umar al-Khattab:

.. Lelaki itu (Jibril) bertanya lagi, "Terangkan kepadaku tentang Qiamat." Baginda bersabda, "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.."   (HR Imam Muslim, Tirmidzi, Nasa’ie, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Sedangkan makhluk ciptaan Allah yang amat mulia dan amat hampir kepada-Nya pun tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, siapakah pula kita dan apa pula kedudukan kita di sisi Allah, untuk meramalkan apa yang tidak pernah disampaikan melalui lisan Rasulullah?

Di samping itu, Ibn Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa salah satu tanda hadith itu adalah hadith maudhu’ - tanpa perlu melihat kepada sanadnya - adalah matan yang menceritakan secara terperinci perihal berlakunya sesuatu peristiwa: bila, di mana, bagaimana dsb. Justeru jika ada pihak yang membuat telahan berdasarkan hadith tentang tanda-tanda kedatangan al-Mahdi secara khusus dan terperinci, maka ia adalah tertolak!

3. Diceritakan lagi dalam email kedua, bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan Rasulullah dari Bani Jawi:

Mengenai Imam Mahdi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai Bani Jawi. Pernah dengar ungkapan "masuk jawi" dan tulisan jawi? Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil, Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan Baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.

Tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam pernah sampai ke Kampuchea dan bernikah di sana, manakala keturunannya digelar Bani Jawi! Kenyataan ini amat mirip kepada ajaran al-Arqam, yang mendakwa bahawa al-Mahdi ialah Sheikh Muhammad Abdullah as-Suhaimi, seorang kiyai yang dilahirkan di Tanah Jawa, Indonesia. Tidak mustahil penulis email tersebut telah terpengaruh dengan ajaran Ashaari Muhammad.

Dakwaan ini juga tertolak berdasarkan beberapa hadith Nabi yang secara terang menyatakan bahawa al-Mahdi merupakan keturunan Baginda dari bangsa Quraisy. Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu ‘anh:

"Terimalah berita gembira dengan kedatangan al-Mahdi. Ia adalah dari kaum Quraisy, dari keturunanku. Ia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku.."   (Musnad Ahmad; dgn catatan tepi Muntakhab Kanzul Ummal)

4. Pada bahagian akhir kedua-dua email tersebut, umat Islam disuruh agar menyediakan bekalan makanan selama setahun. Di dalam email pertama dinyatakan:

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan: "Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya - beras, gula, susu, garam, lada, gandum, bawang, gas memasak, minyak tanah, minyak masak, minyak petrol, benih-benih sayur, baja, mancis, sabun basuh, sabun mandi, basikal/motor + sparepart, ubat-ubatan dan lain-lain yang difikirkan perlu.."

This is the very obvious and funniest part of all & I still don’t understand how come any people who send/forward this article really believe what they’ve read! Difikirkan dengan logik akal, bilakah agaknya ia diriwayatkan? Sejak kurun ke berapakah wujudnya gas memasak, minyak petrol, basikal, motor dan sparepart? Pastinya bukan pada zaman Rasulullah ataupun zaman Sahabat!

Maka seruan siapakah yang kita ikuti sebenarnya, dan mengapa pula dihadkan menyimpan bekalan hanya selama setahun? Tidak perlulah mendahului Allah dan Rasul dengan membuat ramalan tanpa sandaran nas yang shahih. Takutlah kepada Allah dan renungkanlah firman-firman Allah yang tercatat di dalam al-Quran, di antaranya yang bermaksud:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia.."   (al-An’aam: 59)

"Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).."   (an-Naml: 65)

Memadailah dengan hadith-hadith shahih yang begitu banyak jumlahnya, untuk menjelaskan tentang petanda-petanda akhir zaman sebagai panduan kita, di samping peringatan Allah yang berulang kali di dalam al-Quran perihal berlakunya Qiamat. Jauhilah sumber-sumber yang meragukan. Seandainya ada di antara ramalan-ramalan tersebut yang menjadi kenyataan, ia hanyalah sekadar kebetulan dan tidak berkaitan dengan apa yang telah diramalkan. Bahkan ia merupakan ketetapan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya Dia berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. La hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azheem.

Sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita untuk mempercayai hal-hal yang nampak agak luar biasa dan kontroversi, tanpa menyelidiki terlebih dahulu dari manakah sumber tersebut diperolehi. Mulai hari ini ubahlah sikap dan mentaliti kita dengan menjadi lebih teliti dan cermat dalam menapis apa jua perkhabaran yang kita terima, sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.."   (al-Hujuurat: 6)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga telah memberikan amaran keras kepada golongan yang menyebarkan perkhabaran dusta di atas nama Baginda, dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.."   (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Akhirul kalam, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberikan panduan kepada kita untuk menghadapi hidup dalam zaman yang penuh cabaran dan mehnah ini, melalui sabda Baginda yang diriwayatkan dari seorang Sahabat yang bernama Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah, yang membawa maksud:

Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyyin, dan gigitlah Sunnah-Sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.."   (HR Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

Semoga diri kita dan seluruh ahli keluarga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran, Sunnah Rasulullah dan petunjuk para ulama’, serta menjauhi segala bentuk bid’ah yang sesat dan menyesatkan di dalam menghadapi liku-liku fitnah di akhir zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang berjaya dan sentiasa diredhai. Ameen.

Allahu a’lam bisshawab..

ni baru dapat td,so,sajer nak kongsikn ngan org lain.nih ilmu nih.kena kongsi n minta pendapat sbb aku sndri kurang ilmu n amal.so,ada komen pasal yg nih ngan yg sblm nih?

edisi belit2 putar

September 15th, 2005 by azkam

Cool

dapat baca tak?klu dkecikkan rasanya dpt baca ayat tu,tp klu dbesarkn kena pulas mata barula dapat baca.fokus! fokus!!

Jose Morinho

September 15th, 2005 by azkam

assalamualaikum….

da lama aku nak citer pasal buku yg aku da lama abiskn baca nih tp sbb ada aral,arinih time rest2 cmnihla aku nak tulis.so,xdala org cakap blog nih disinari cinta jer,tp dsinari ngan kasih syang….hehhehe(cinta ngan kasih syg xsama!!)

buku bertajuk jose mourinho nih dgarap ngan baik skali utk mereka yg ingin mengetahui perjalanan hidup manager pasukan Chealsea nih dr Pembantu manager,pastu jadi manager 2nd muda  dalam sejarah bola.(1st sven goran erikson)…….buku nih walaupun menggunakan bahasa inggeris sbgai medium,namun penggunaan perkatan2 yg mudah n commen menjadikan ia menarik utk dibaca n mudah dfahami.dr segi jln atau flow citer dia plak,membaca buku nih mcm gak tgk filem2 tokoh2 sukan cam couch carter,remember the titan and rookie…….

ia juga menceritakn bagaimana dlm ssh senang hidup mourinho,sentiasa ada insan dbelakangnya yg sentiasa memberikn sokongan; isterinya Zulu (xsilap aku ar sbb plik skit nama bibi dia nih).dlm keadaan perut boyotpn isterinya sentiasa berad dsisnya malah,pembantu nya skang baltimor brito (assitant manager mourinho sejak di Leira SAD-klab bola sepak loser yg jadi power lepas mourinho pegang) dpilih oleh isterinya…..

dlam dunia media(paper,tv) mourinho dkenali ngan org yg ego n degil.namun dia adalah seorang yg penuh ngan keyakinan dri n family man.klu dia pergi buat scouting utk tgk oppenent utk next game,antara syarat dia dia kena bawak 2 anak dia ngan isteri dia.klu time game mesti ar wajib datangkn?dia jugak menjadikn anak2nya sebagai motivasi sbb klu sapa2 sedar akan ada 2 kertas dia akan cium sblm paper game.kertas tu ialah gmabar 2 org anaknya, jose mourinho (anak ke2,laki) ngan anak pompuan dia (xigt nama).

ada gak citer dlm buku nih pasal ssh payah dia,pasal dia kena ugut bunuh,pasal nama stadium baru porto sblm dnamakn stadium of dragon asalnya nak letak nama dia,tp dia tolak…….etc…….

so,aku rekemen ar sapa2 nak cari buku nak dbaca.bleh ar baca buku nih.best ar n menarik sgt2.xrugi baca.dapat ilmu gak camana setelkn teamate n cmana nak buat man management………..so, slamat membaca!!!adiosa!!!

utk bacaan semua……

September 14th, 2005 by azkam

PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.

DAJJAL TERLALU HAMPIR

NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka”

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s.,  tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka.

Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional.

Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005,  akan mula berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam  menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – “

Temple

institute”. Di

sana

kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.

Fitnah_dajjal

Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.

Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi

HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN

BULAN & TAHUN

BULAN & TAHUN

PERISTIWA

Ogos2005

Rejab 1426

Kematian Raja Fadh

September 2005

Syaaban 1426

Oktober 2005

Ramadhan 1426

  1. Gerhana di awal bulan

  2. Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*

  3. Gerhana di ditengah bulan(siang)

  4. Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.

November 2005

Syawal 1426

Peperangan dan

huru hara

Disember 2005

Zulkaedah 1426

Konflik antara Negara Islam/suku kaum

Januari 2006

Zulhijjah 1426

Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji

Februari 2006

Muharam 1427

( Hari Asyura)

Imam Mahadi di bai’at

* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.

so inilah yg aku nak kongsikn bersama memandangkn aku malas tahap cipan nak emailkn pada kalian semua utk minta komen,so aku harap yg amatla sapa2 yg berilmu n beramal tu bg komen n keterangan kat tmpt komen bawah nih……..sajerr jer kongsi bersama sahabat semua…….komen jgn xkomen…..haaa jojo, ada komen x?yab baik dtg dr Allah,yg buruk dr kelemahan dri aku nih……..

jiwang yg lawak……aku copy!!hhehehe…

September 12th, 2005 by azkam

MADAH CINTA PENGERTIAN

Sungguh aku tidak mengerti….
Adakah ini dinamakan sebuah percintaan..?
Sedangkan….
Aku cuma inginkan sedikit pengertian
Dan sedikit kehadiran diri mu…!

Ketika saat aku memerlukan diri mu
Engkau tiada disitu!
Betapa pilu hati ku ini
Dan rasa kekosongan
Sering melanda diri ku ini
tsk…tsk…tsk….

Masih ku teringat…..
Ketika aku menerima anugerah ijazah sarjana setelah selesai pengajianku
Engkau tiada disisiku disitu…. untuk bersama ku!
Hatiku merasa pilu
Mengapa ….oh…mengapa..??

Ketika aku dan pasukan ku kalah 15-0 …didalam pertandingan bolasepak yang dianjurkan ditempat kerjaku…
Engkau masih jua tiada disitu… untuk bersamaku!
Hatiku merasa pilu
Rasa kekosongan melanda diri ku!
Mengapa oh….mengapa…??

Ketika aku sakit perut dan berlari kencang pergi ke toilet untuk buang air-besar kerana sakit berak-berak….
Engkau masih jua tiada disitu…!
Betapa sakitnya perutku ….dan hatiku ketika itu
Melihatkan engkau tiada disamping ku..!
Rasa kekosongan melanda diri ku
Kepada siapakah harus ku mengadu..??
Mengapa…oh…mengapa…??
Inikah yang dinamakan sebuah percintaan..??

Ketika aku pergi kekedai untk membeli cokelat dan kekurangan 20 cent
Engkau masih jua tiada disitu untuk bersama ku
Kalaulah engkau ada disitu ketika itu
Tentu engkau boleh tambahkan 20 sent buat ku!
Engkaulah penyelamat ku!

Betapa sakitnya hatiku ini
Bila engkau tiada disisi ku ketika itu
Disaat2 aku benar2 memerlukan dikau..
Disaat2 aku benar2 didalam keadaan dharurat
Disaat aku benar2 memerlukan 20 cent untuk membeli cokelat
Dan engkau tiada disitu……
Sampai hati mu!
Inikah yang dinamakan sebuah percintaan..??
Inikah yang dinamakan sebuah kesetiaan…??
Mengapa…oh…mengapa..??!

Ketika aku benar2 merasa GIAN nak main buai-buai
Engkau pulak sibuk nak pergi shopping!
Tak keee…sakitnya hatiku ini
Melihatkan engkau sibuk betol pergi shopping
Beli itu laaaah..…dan beli ini laaa..aaah!
Sampai hati mu
Membiarkan diriku ini kesaorangan
Tak nak lagi main buai2 dengan ku
Terpaksalah daku main buai-buai seorang diri!
Sambil berlinang air-mata
Daku memikirkan diri ku yang kesepian ini
Dan mulai merasa bingung
Tentang ertinya sebuah percintaan.

Aku masih teringat lagi..
Ketika kita sama2 sedang duduk makan roti canai
Aku mintak jamah sedikit ….nak makan roti canai tuu secubit
ITU POON engkau tak kasi!
Itu poon TAK boleh!
Betul punya pelokek nak mampus!
Geramnya aku ketika itu…!
Mintak sikit secubit roti canai tuu…poon TAK boleh!
Apa punya suasana romantik nieee…??
Sungguh aku tidak mengerti..?
Mengapa….oh…mengapa…??

Dan satu lagiee…
Ketika kepala ku dijotos olih abang2ku…
Engkau masih juga tiada disitu!
Betapa aku MERANA kesaorangan kerana sakit kepala
Dan engkau pergi …entah kemana?
(barangkali tengah pergi shopping lagiee lah tuuu..!)

Engkau masih jua tiada disisi ku ketika itu
Inikah yang dinamakan ikatan kesetiaan?
Sehati dan sejiwa..
Inikah yang dinamakan sebuah percintaan?
Sampai hati mu…!
Membiarkan aku kesaorangan
Menderita kesaorangan..
Mengapa…oh….mengapa…??

Olih sebab itulah…!
Aku dah malas nak talipon dikau lagiee…
Dan aku dah malas nak SMS dikau
Kerana aku sudah hampir merajuk!
Dan sudah mulai tidak faham
Apakah ertinya sebuah percintaan…??

Dan ketika ini…
Aku poon sudah mulai merasa penat
Mata aku poon dah mulai naik sakit kerana lama sangat memandang screen computer niee
Terpaksalah aku belah dulu
Lain kali ajee…aku sambung tulis!
Bye…

p.s.
Daku bukannya tak mahu pergi shopping dengan dikau
Setiap kali dikau pegang barang2 dikedai didalam shopping komplex tuuu…
Bederau darah daku..!
Berderau…
Dan terus berderau..!

Barang2 yang dikau pegang tuuu pulak
Ambooi…
Amboi…….bukan main mahal lagiee!

Daku takut tak cukup duit…
Dan daku takut tak mampu nak membayar harga barang2 yang dikau pegang tuuu!
Tapi…
Takkanlah daku nak cakap pada dikau tentang hal tuuu..
Tentang hal yang daku niee sedang TAK cukup duit
Daku niee poon …ada perasaan jugak TAU..nak jaga title
Kenapalah dikau selalu ajee ajak daku pergi shopping ketika kocek daku tengah kering kontang!
Kan bagus jikalau kita pergi main buai-buai..??
Safe sikit duit..!
Daku sungguh-sungguh TIDAK mengerti…!
Tentang erti percintaan kita ini…
Sebab itulah …daku DAH malas NAK pergi dating dengan dikau….

sampai sini ajala dulu…aku busy ngan assignment ar..so,biarla karya ciplak nih mehiburkn hati2 anda dluar sana……..slamat membaca….adiosa!!!

iman yg menjunam jatuh….

September 9th, 2005 by azkam

assalamualaikum…..

sejak gamabr artis terkini penuh sensasi dkeluarkn dblog aku nih,tetiba jadi meriah plak blognih smpai ada org muntah sbb jeles ngan keCUTEtn adik bradik kami…..dahla cute,baik ati plak tu…hohoho……

da bbrapa hari aku xupdate.bukn malas mahupn xda idea.ada bnyk idea n research aku buat utk dkongsi bersama para pembaca,namun aku skang dlm keadaan marah ngan dri sendri yg setelah aku muhasabah dri nih,makin hati makin nipis iman aku yg mmg senipis kulit bawang nih.sejak dr 1st shaaban aku gagal melakukn puasa sunat walaupn aku sedar ini bulan kebesaran Nabi Allah Muhammad SAW.aku mampu lakukan hampir 3 minggu bulan rejab yg lepas,namun aku gagal hampir seminggu dlm bulan nih……..dr statistic yg dnyatakn dptlah aku ketahui betapa lemahnya iman aku nih yg xpernah stabil……ya Allah,kuatknlah imanku ini dlm melakukan amal2 yg dsukaimu……..

tambah perit dhati nih,bdan yg mmg da beso nih makin ssh nak bangun subuh.set alarm kemain lagi smpai 2-3 alarm utk kejutkn aku bangun subuh,namun usaha aku masih gagal….maybe alarm bukan jln penyelesaian kpd bangun subuh,namun kesungguhan n iman……makin aku sedar yg iman aku menipis lagi………

apalah sdihnya hidup nih bila iman makin jatuh…….knapala aku rasa cm loser jer bila aku sedar yg aku da buat mcm2 benda yg menaikkn amarah Allah yg esa?knapa org lain yg ngan selamba xsolat xngaji masih dapat hidup bahagia,gelak2 bila org tegur pasal solat dapat hidup ngan bahagia skali?cmana aku nak masukkan nilai2 murni dlm dri sahabat2 aku (termsuk roomate aku sendri)utk bersolat?klu nak jaga solatpn ssh diantara kami sesama islam,cmanala nak aku terapkn nilai2 solat jemaah dlm kehidupan kami……….????

xyah tgk org lain,tgk dri sendri(nih mmg nak citer keburukn dri sendripn..)aku nak jer tegur roomate sendri supaya jaga solat sbb xnak tgk member sendri kena seksaan Allah,namun aku sndri xmampu nak jaga solat subuh aku…..hai,sedihnyala hidup aku nih……..dlu cuti aku bleh jaga sbb aku xtido malam nak tunggu subuh sbb takut lajak.la nih ada klas,xleh nak bangunpn subuh……seidhnya……klu aku tepon org malaysia,biasanya lepas subuh,aku akan igtkn org tu pasal solat (sbb time tu aku tgh jaga biasa ar poyo).bila aku tanay merek semua mampu bangun solat baru tido balik.aku sangkakn aku mampu,tp knapa aku masih terkapai2????

Ya Allah,bantulah hambamu ini menuju ke jalan yg benar,bantulah aku dlm melakukn amalan2 utk mu….kuatknlah imanku,tabhknlah atiku n beriknlah aku kekuatan utk bangun malam n subuh utk menunaikn tanggungjawabku….amin….

smpai sini ar dulu kali nih.sajer tulis utk lepas tension….lain masa aku nak letakkan kertas kerja aku pasal cinta jarak jauh@cinta antara benua………ada gak edisi2 lain utk djadikn panduan bacaan…muhahahaha….adios…..

memori Adik2

September 7th, 2005 by azkam

assalamualaikum,

topik adik2 kat bawah tu salah tau…..dpersembahkn gambar2 cute adik2 aku yg amat2 aku sygi…..trimas ar kat fauzul sbb letak dlm frenster,klu x asyik merindu ajala aku ngan korang semua……dpersembahkn…..

Hakimi dimulakan ngan suasana yg gelap sambil gamabr misteri nih mebuatkn para pembaca berfikir…siapakn insan yg comel ini?knapa dia comel sgt?tp knapa gelap sgt gambar dia?apa hubungannya ngan aku?soalan dteruskn n slide gambar dteruskn……

Hakimi1 wah wah wah……dala td gelp,skang sorok muka plak?nih da lebih nih….heheheh…miteri terus membuai para pembaca(ayat cam poyo jer…..)namun aksi manja nih ssh dapat dlihat melainkn adinda yg bernama hakimi nih sedang tido…..tido?yer ar,tido yg penuh unik,setelah dbuat kajian tido ngan cara nih bleh menceriakn hari kerana sesapa aja yg memandangnya akan ketwa ngan gumbira skali….skang xtau ar camana cute lagi cara dia tido……

Hakimi2 ya…akhirnya Hakimi yg tercomel,bola2 cinta,bertakhta dhati(semua tajuk lagu..heheheh) dmenunjukkan drinya dkepit oleh bonser2 yg amat menyayanignya….misteri lagi,sapa plak bonz er kat sblah tu?knapa xda klu?hohoho…….time nih dia tgh pkkan caman nak buat gaya comel lain klu merajuk xda org layan…muhahahha….

Hakimi3_1 hehehehe…..lagi muka cute nih menghiasi blog aku yg mmg da cute da nih……nih mesti gmbar tgh layan jiwang sorang2 sbb awek2 semau meminati dia…..klu awek2 nampak dia nih,mmg xleh tido mlmnyala…..tgk ar adik sapakn?muhahahah…macho cam abag airul yer x?

Hakimi4 hehehhe…so cerita pasal diapn dimulaknla…..dia nih manja giler ngan aku.1st time mak bawak masuk umah,time tu aku tgh bad mood,kira klu cam perempuan datang bulan ar.mak suruh aku pegang anak Cu Ab ngan Mak CU nih sbb mak sakit perut n 2 2 cu kat bawah time tu,pasking kete ngan ambik barang dia kot……..

Hakimi5 dalam dakapan aku tu,dia xnangispn…..pastu aku senyum pd insan yg xberdosa nih(xkn nak marah bukan2 kotkn?)trus dia senyum balik n time tu gak trusejuk ati aku……bahagianyala rasa…..las skali ada baby dlm pelukan aku ialah as’ad adik aku yg keempat…..kira cam bertahun gak ar aku xpegang baby sbb aku xda can….so smpai as’ad umur brapa tahun eh aku ada can jer dukung dia………

Hakimi_ngan_mak dteruskn citer,aku makin rapat ngan dia.dia plak makin manja ngan semua ahli keluarga aku…semua org sayang dia nih.termasuk la as’ad yg mmg aku tau kuat cemburu bila org xbagi perhatian kat dia….bnyk cengkadaknya dia nih,suka bergamabr n pandai bergaya comel cam aku gak…muhahahaha…..ada 1 masa aku igt lagi time balik dr kapal,aku salam ngan kimi,sbb baru balik,kimi plak trus gigit tangan aku…..hihihih…geram da lama xnmpak abg tercute dia…….walaupn bukn adik kandung aku,tp pada aku dia adik aku gak.makpn dia panggil mak.mmg hidup kimi nih dr mula2 dlimpahi ngan kasih syg…..dr mak dia (mak cu) n mak………syg sgt dia nih……….

Asad seterusnya,memori indah dtruskn ngan as’ad.adik aku yg paling manja ngan aku n paling ramai peminat pompuan.dlm umurnya baru darjah 3 (xsilap aku ar)da ada ramai peminat pompuan yg histeria(nampak best skit ayat pkai perkataan histeria nih)ngan dia.siap ada yg datang umah semata2 nak jumpa dia……gilanyala dunia skang nihkn?kecik2 da pandai jatuh ati…..aku sbagai abgpn xkn nak marah kot,nih pengalamn hidup dia,so kena ar bg dia belajar………….kuat makan masakn aku dia nih tp maintain macho……apa dia paling suka yer?ohye,telur dadar berempah aku….hohohoho……..apa lagi pasal a’ad nih,dia nih kuat semangat giler nya……aku xigt umur berapa da start pose.siap pose penuh lagi dr syafi’ yg lagi tua dr dia……….yg xbestnya,malas solat jer.xtau ar skang sbb da kat tanah arab.insyaallah semua ok…..aku balik nnt bleh ar dia jadi imam plak kot?…..

Syafi_asad hohoho…syafi’ ngan a’ad.citernih utk syafi’.lain dr as’ad,dia nih cam naga yg masih tido.ada bnyk bakat terpendam yg kena cunkil utk dketengahkn.org paling cool cam kumpulan cool dlm family.org anta urat cinta kat dia,dia rilek jer…….paling itam,tp itam manis.diala yg memula memecehkn tradisi adik bradik kami dmana dia dminati oleh aweks2 sekolah smpai hanto surat cinta…..kantoi ngan aku plak tu..cute gak peminat dia tu…….mak tahu mak gelak jer……heheheh…pengalaman idup yer x?

3_abdul ya….dan dsinila,3 beradik yg amat2 aku sygngi…smlam aku kenangkn diorang mengalir air mata aku merindui kalian…….aku jarang ngan diorang sbb apa akupn xtahu.tapi ketahuilah aku amat2 sygkn kalian……….ada cm 3 abdul x?hohohoho….

Fauzul_ngan_kimi nih plak adik yg paling rapat ngan aku……malah aku amat2 menghormati drinya…..dulu aku yg slalu marah2 dia,xkira la apapn,buat kerja ker,main basket ker,mesti kena!skang aku bangga ngan dia sbb dia nih semngat kuat,matang n bercita-cita.pd aku dia nih lagi baik dr aku.malah pernah ajar aku cmana baca quran lagi?asal?nmpak loser ker?aku xrasa cmtupn.aku rasa bangga sbb adik aku lebih baik dr aku.dulu pernah dapat gelran pak lawak sbb suka buat lawak……….you can do it bro!!!

Adikberadik munkin sbgai penutup arinih punyer entry sbb nnt panjang2 tangan aku bleh kematu dbuatnya……kami 4 beradik sblm pergi semayang raya.semayang raya terakhir aku kat malaysia nih….muka kami lain2,perangai pn lain2………nampk cma power ranjer x?hakimi kira power ranjer kelima ar…..hohohoho…..silap aribulan aku buat team futsal ngan adik2 aku yg dnyatakn diatas ….hohohoho………smpai dsini,slam syg drku buat semua……….

Adik-Adik….

September 7th, 2005 by azkam

assalamaualaikum……sblm dmulakan sesi  kali nih,terlebih dahulu trimas ar kat jojo & azriyan ngan komen yg dberikn……knapa asyik mengutarakn isu homoseksual dlm blog yg spttnya dhiasi ngan kata2 cinta nih?bak kata waheeda,munkin org ramai xsedar sbb think positif n anggap klu homoseksual tu kuar ngan kawan2 jer,tp klu kita teliti,benda tu senang2 jer berlaku pada kita.senang pergi ar kat UiTM shah alam,bukan nak kutuk tempat tu,tp situ bleh djumpai ngan mudah.xpn jln2 kat klcc ker,midvalley ker rsanya senang2 jer jumpa pompuan buat french kiss xpan menghiraukn pandangan org lain dan tanpa menghormati budaya kita.knapa cakap cmnih,sbb mata nih sendri nampak….so masalh nih kena dsetelkn sblm anak kita terpengaruh.knapa?muda lagi nak pkkn benda camtu?pada aku nihla masanya merancang.bukn anak2 kita,cam sedara mara kita,klu da terjebak,mmg ssh nak balik ke pangkal jaln…….xcaya?pergi ar tanya sendri mangsa keadaan……