Archive for September, 2005

utk bacaan semua……

Wednesday, September 14th, 2005

PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.

DAJJAL TERLALU HAMPIR

NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka”

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s.,  tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka.

Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional.

Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005,  akan mula berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam  menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – “

Temple

institute”. Di

sana

kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.

Fitnah_dajjal

Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.

Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi

HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN

BULAN & TAHUN

BULAN & TAHUN

PERISTIWA

Ogos2005

Rejab 1426

Kematian Raja Fadh

September 2005

Syaaban 1426

Oktober 2005

Ramadhan 1426

  1. Gerhana di awal bulan

  2. Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*

  3. Gerhana di ditengah bulan(siang)

  4. Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.

November 2005

Syawal 1426

Peperangan dan

huru hara

Disember 2005

Zulkaedah 1426

Konflik antara Negara Islam/suku kaum

Januari 2006

Zulhijjah 1426

Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji

Februari 2006

Muharam 1427

( Hari Asyura)

Imam Mahadi di bai’at

* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.

so inilah yg aku nak kongsikn bersama memandangkn aku malas tahap cipan nak emailkn pada kalian semua utk minta komen,so aku harap yg amatla sapa2 yg berilmu n beramal tu bg komen n keterangan kat tmpt komen bawah nih……..sajerr jer kongsi bersama sahabat semua…….komen jgn xkomen…..haaa jojo, ada komen x?yab baik dtg dr Allah,yg buruk dr kelemahan dri aku nih……..

jiwang yg lawak……aku copy!!hhehehe…

Monday, September 12th, 2005

MADAH CINTA PENGERTIAN

Sungguh aku tidak mengerti….
Adakah ini dinamakan sebuah percintaan..?
Sedangkan….
Aku cuma inginkan sedikit pengertian
Dan sedikit kehadiran diri mu…!

Ketika saat aku memerlukan diri mu
Engkau tiada disitu!
Betapa pilu hati ku ini
Dan rasa kekosongan
Sering melanda diri ku ini
tsk…tsk…tsk….

Masih ku teringat…..
Ketika aku menerima anugerah ijazah sarjana setelah selesai pengajianku
Engkau tiada disisiku disitu…. untuk bersama ku!
Hatiku merasa pilu
Mengapa ….oh…mengapa..??

Ketika aku dan pasukan ku kalah 15-0 …didalam pertandingan bolasepak yang dianjurkan ditempat kerjaku…
Engkau masih jua tiada disitu… untuk bersamaku!
Hatiku merasa pilu
Rasa kekosongan melanda diri ku!
Mengapa oh….mengapa…??

Ketika aku sakit perut dan berlari kencang pergi ke toilet untuk buang air-besar kerana sakit berak-berak….
Engkau masih jua tiada disitu…!
Betapa sakitnya perutku ….dan hatiku ketika itu
Melihatkan engkau tiada disamping ku..!
Rasa kekosongan melanda diri ku
Kepada siapakah harus ku mengadu..??
Mengapa…oh…mengapa…??
Inikah yang dinamakan sebuah percintaan..??

Ketika aku pergi kekedai untk membeli cokelat dan kekurangan 20 cent
Engkau masih jua tiada disitu untuk bersama ku
Kalaulah engkau ada disitu ketika itu
Tentu engkau boleh tambahkan 20 sent buat ku!
Engkaulah penyelamat ku!

Betapa sakitnya hatiku ini
Bila engkau tiada disisi ku ketika itu
Disaat2 aku benar2 memerlukan dikau..
Disaat2 aku benar2 didalam keadaan dharurat
Disaat aku benar2 memerlukan 20 cent untuk membeli cokelat
Dan engkau tiada disitu……
Sampai hati mu!
Inikah yang dinamakan sebuah percintaan..??
Inikah yang dinamakan sebuah kesetiaan…??
Mengapa…oh…mengapa..??!

Ketika aku benar2 merasa GIAN nak main buai-buai
Engkau pulak sibuk nak pergi shopping!
Tak keee…sakitnya hatiku ini
Melihatkan engkau sibuk betol pergi shopping
Beli itu laaaah..…dan beli ini laaa..aaah!
Sampai hati mu
Membiarkan diriku ini kesaorangan
Tak nak lagi main buai2 dengan ku
Terpaksalah daku main buai-buai seorang diri!
Sambil berlinang air-mata
Daku memikirkan diri ku yang kesepian ini
Dan mulai merasa bingung
Tentang ertinya sebuah percintaan.

Aku masih teringat lagi..
Ketika kita sama2 sedang duduk makan roti canai
Aku mintak jamah sedikit ….nak makan roti canai tuu secubit
ITU POON engkau tak kasi!
Itu poon TAK boleh!
Betul punya pelokek nak mampus!
Geramnya aku ketika itu…!
Mintak sikit secubit roti canai tuu…poon TAK boleh!
Apa punya suasana romantik nieee…??
Sungguh aku tidak mengerti..?
Mengapa….oh…mengapa…??

Dan satu lagiee…
Ketika kepala ku dijotos olih abang2ku…
Engkau masih juga tiada disitu!
Betapa aku MERANA kesaorangan kerana sakit kepala
Dan engkau pergi …entah kemana?
(barangkali tengah pergi shopping lagiee lah tuuu..!)

Engkau masih jua tiada disisi ku ketika itu
Inikah yang dinamakan ikatan kesetiaan?
Sehati dan sejiwa..
Inikah yang dinamakan sebuah percintaan?
Sampai hati mu…!
Membiarkan aku kesaorangan
Menderita kesaorangan..
Mengapa…oh….mengapa…??

Olih sebab itulah…!
Aku dah malas nak talipon dikau lagiee…
Dan aku dah malas nak SMS dikau
Kerana aku sudah hampir merajuk!
Dan sudah mulai tidak faham
Apakah ertinya sebuah percintaan…??

Dan ketika ini…
Aku poon sudah mulai merasa penat
Mata aku poon dah mulai naik sakit kerana lama sangat memandang screen computer niee
Terpaksalah aku belah dulu
Lain kali ajee…aku sambung tulis!
Bye…

p.s.
Daku bukannya tak mahu pergi shopping dengan dikau
Setiap kali dikau pegang barang2 dikedai didalam shopping komplex tuuu…
Bederau darah daku..!
Berderau…
Dan terus berderau..!

Barang2 yang dikau pegang tuuu pulak
Ambooi…
Amboi…….bukan main mahal lagiee!

Daku takut tak cukup duit…
Dan daku takut tak mampu nak membayar harga barang2 yang dikau pegang tuuu!
Tapi…
Takkanlah daku nak cakap pada dikau tentang hal tuuu..
Tentang hal yang daku niee sedang TAK cukup duit
Daku niee poon …ada perasaan jugak TAU..nak jaga title
Kenapalah dikau selalu ajee ajak daku pergi shopping ketika kocek daku tengah kering kontang!
Kan bagus jikalau kita pergi main buai-buai..??
Safe sikit duit..!
Daku sungguh-sungguh TIDAK mengerti…!
Tentang erti percintaan kita ini…
Sebab itulah …daku DAH malas NAK pergi dating dengan dikau….

sampai sini ajala dulu…aku busy ngan assignment ar..so,biarla karya ciplak nih mehiburkn hati2 anda dluar sana……..slamat membaca….adiosa!!!

iman yg menjunam jatuh….

Friday, September 9th, 2005

assalamualaikum…..

sejak gamabr artis terkini penuh sensasi dkeluarkn dblog aku nih,tetiba jadi meriah plak blognih smpai ada org muntah sbb jeles ngan keCUTEtn adik bradik kami…..dahla cute,baik ati plak tu…hohoho……

da bbrapa hari aku xupdate.bukn malas mahupn xda idea.ada bnyk idea n research aku buat utk dkongsi bersama para pembaca,namun aku skang dlm keadaan marah ngan dri sendri yg setelah aku muhasabah dri nih,makin hati makin nipis iman aku yg mmg senipis kulit bawang nih.sejak dr 1st shaaban aku gagal melakukn puasa sunat walaupn aku sedar ini bulan kebesaran Nabi Allah Muhammad SAW.aku mampu lakukan hampir 3 minggu bulan rejab yg lepas,namun aku gagal hampir seminggu dlm bulan nih……..dr statistic yg dnyatakn dptlah aku ketahui betapa lemahnya iman aku nih yg xpernah stabil……ya Allah,kuatknlah imanku ini dlm melakukan amal2 yg dsukaimu……..

tambah perit dhati nih,bdan yg mmg da beso nih makin ssh nak bangun subuh.set alarm kemain lagi smpai 2-3 alarm utk kejutkn aku bangun subuh,namun usaha aku masih gagal….maybe alarm bukan jln penyelesaian kpd bangun subuh,namun kesungguhan n iman……makin aku sedar yg iman aku menipis lagi………

apalah sdihnya hidup nih bila iman makin jatuh…….knapala aku rasa cm loser jer bila aku sedar yg aku da buat mcm2 benda yg menaikkn amarah Allah yg esa?knapa org lain yg ngan selamba xsolat xngaji masih dapat hidup bahagia,gelak2 bila org tegur pasal solat dapat hidup ngan bahagia skali?cmana aku nak masukkan nilai2 murni dlm dri sahabat2 aku (termsuk roomate aku sendri)utk bersolat?klu nak jaga solatpn ssh diantara kami sesama islam,cmanala nak aku terapkn nilai2 solat jemaah dlm kehidupan kami……….????

xyah tgk org lain,tgk dri sendri(nih mmg nak citer keburukn dri sendripn..)aku nak jer tegur roomate sendri supaya jaga solat sbb xnak tgk member sendri kena seksaan Allah,namun aku sndri xmampu nak jaga solat subuh aku…..hai,sedihnyala hidup aku nih……..dlu cuti aku bleh jaga sbb aku xtido malam nak tunggu subuh sbb takut lajak.la nih ada klas,xleh nak bangunpn subuh……seidhnya……klu aku tepon org malaysia,biasanya lepas subuh,aku akan igtkn org tu pasal solat (sbb time tu aku tgh jaga biasa ar poyo).bila aku tanay merek semua mampu bangun solat baru tido balik.aku sangkakn aku mampu,tp knapa aku masih terkapai2????

Ya Allah,bantulah hambamu ini menuju ke jalan yg benar,bantulah aku dlm melakukn amalan2 utk mu….kuatknlah imanku,tabhknlah atiku n beriknlah aku kekuatan utk bangun malam n subuh utk menunaikn tanggungjawabku….amin….

smpai sini ar dulu kali nih.sajer tulis utk lepas tension….lain masa aku nak letakkan kertas kerja aku pasal cinta jarak jauh@cinta antara benua………ada gak edisi2 lain utk djadikn panduan bacaan…muhahahaha….adios…..

memori Adik2

Wednesday, September 7th, 2005

assalamualaikum,

topik adik2 kat bawah tu salah tau…..dpersembahkn gambar2 cute adik2 aku yg amat2 aku sygi…..trimas ar kat fauzul sbb letak dlm frenster,klu x asyik merindu ajala aku ngan korang semua……dpersembahkn…..

Hakimi dimulakan ngan suasana yg gelap sambil gamabr misteri nih mebuatkn para pembaca berfikir…siapakn insan yg comel ini?knapa dia comel sgt?tp knapa gelap sgt gambar dia?apa hubungannya ngan aku?soalan dteruskn n slide gambar dteruskn……

Hakimi1 wah wah wah……dala td gelp,skang sorok muka plak?nih da lebih nih….heheheh…miteri terus membuai para pembaca(ayat cam poyo jer…..)namun aksi manja nih ssh dapat dlihat melainkn adinda yg bernama hakimi nih sedang tido…..tido?yer ar,tido yg penuh unik,setelah dbuat kajian tido ngan cara nih bleh menceriakn hari kerana sesapa aja yg memandangnya akan ketwa ngan gumbira skali….skang xtau ar camana cute lagi cara dia tido……

Hakimi2 ya…akhirnya Hakimi yg tercomel,bola2 cinta,bertakhta dhati(semua tajuk lagu..heheheh) dmenunjukkan drinya dkepit oleh bonser2 yg amat menyayanignya….misteri lagi,sapa plak bonz er kat sblah tu?knapa xda klu?hohoho…….time nih dia tgh pkkan caman nak buat gaya comel lain klu merajuk xda org layan…muhahahha….

Hakimi3_1 hehehehe…..lagi muka cute nih menghiasi blog aku yg mmg da cute da nih……nih mesti gmbar tgh layan jiwang sorang2 sbb awek2 semau meminati dia…..klu awek2 nampak dia nih,mmg xleh tido mlmnyala…..tgk ar adik sapakn?muhahahah…macho cam abag airul yer x?

Hakimi4 hehehhe…so cerita pasal diapn dimulaknla…..dia nih manja giler ngan aku.1st time mak bawak masuk umah,time tu aku tgh bad mood,kira klu cam perempuan datang bulan ar.mak suruh aku pegang anak Cu Ab ngan Mak CU nih sbb mak sakit perut n 2 2 cu kat bawah time tu,pasking kete ngan ambik barang dia kot……..

Hakimi5 dalam dakapan aku tu,dia xnangispn…..pastu aku senyum pd insan yg xberdosa nih(xkn nak marah bukan2 kotkn?)trus dia senyum balik n time tu gak trusejuk ati aku……bahagianyala rasa…..las skali ada baby dlm pelukan aku ialah as’ad adik aku yg keempat…..kira cam bertahun gak ar aku xpegang baby sbb aku xda can….so smpai as’ad umur brapa tahun eh aku ada can jer dukung dia………

Hakimi_ngan_mak dteruskn citer,aku makin rapat ngan dia.dia plak makin manja ngan semua ahli keluarga aku…semua org sayang dia nih.termasuk la as’ad yg mmg aku tau kuat cemburu bila org xbagi perhatian kat dia….bnyk cengkadaknya dia nih,suka bergamabr n pandai bergaya comel cam aku gak…muhahahaha…..ada 1 masa aku igt lagi time balik dr kapal,aku salam ngan kimi,sbb baru balik,kimi plak trus gigit tangan aku…..hihihih…geram da lama xnmpak abg tercute dia…….walaupn bukn adik kandung aku,tp pada aku dia adik aku gak.makpn dia panggil mak.mmg hidup kimi nih dr mula2 dlimpahi ngan kasih syg…..dr mak dia (mak cu) n mak………syg sgt dia nih……….

Asad seterusnya,memori indah dtruskn ngan as’ad.adik aku yg paling manja ngan aku n paling ramai peminat pompuan.dlm umurnya baru darjah 3 (xsilap aku ar)da ada ramai peminat pompuan yg histeria(nampak best skit ayat pkai perkataan histeria nih)ngan dia.siap ada yg datang umah semata2 nak jumpa dia……gilanyala dunia skang nihkn?kecik2 da pandai jatuh ati…..aku sbagai abgpn xkn nak marah kot,nih pengalamn hidup dia,so kena ar bg dia belajar………….kuat makan masakn aku dia nih tp maintain macho……apa dia paling suka yer?ohye,telur dadar berempah aku….hohohoho……..apa lagi pasal a’ad nih,dia nih kuat semangat giler nya……aku xigt umur berapa da start pose.siap pose penuh lagi dr syafi’ yg lagi tua dr dia……….yg xbestnya,malas solat jer.xtau ar skang sbb da kat tanah arab.insyaallah semua ok…..aku balik nnt bleh ar dia jadi imam plak kot?…..

Syafi_asad hohoho…syafi’ ngan a’ad.citernih utk syafi’.lain dr as’ad,dia nih cam naga yg masih tido.ada bnyk bakat terpendam yg kena cunkil utk dketengahkn.org paling cool cam kumpulan cool dlm family.org anta urat cinta kat dia,dia rilek jer…….paling itam,tp itam manis.diala yg memula memecehkn tradisi adik bradik kami dmana dia dminati oleh aweks2 sekolah smpai hanto surat cinta…..kantoi ngan aku plak tu..cute gak peminat dia tu…….mak tahu mak gelak jer……heheheh…pengalaman idup yer x?

3_abdul ya….dan dsinila,3 beradik yg amat2 aku sygngi…smlam aku kenangkn diorang mengalir air mata aku merindui kalian…….aku jarang ngan diorang sbb apa akupn xtahu.tapi ketahuilah aku amat2 sygkn kalian……….ada cm 3 abdul x?hohohoho….

Fauzul_ngan_kimi nih plak adik yg paling rapat ngan aku……malah aku amat2 menghormati drinya…..dulu aku yg slalu marah2 dia,xkira la apapn,buat kerja ker,main basket ker,mesti kena!skang aku bangga ngan dia sbb dia nih semngat kuat,matang n bercita-cita.pd aku dia nih lagi baik dr aku.malah pernah ajar aku cmana baca quran lagi?asal?nmpak loser ker?aku xrasa cmtupn.aku rasa bangga sbb adik aku lebih baik dr aku.dulu pernah dapat gelran pak lawak sbb suka buat lawak……….you can do it bro!!!

Adikberadik munkin sbgai penutup arinih punyer entry sbb nnt panjang2 tangan aku bleh kematu dbuatnya……kami 4 beradik sblm pergi semayang raya.semayang raya terakhir aku kat malaysia nih….muka kami lain2,perangai pn lain2………nampk cma power ranjer x?hakimi kira power ranjer kelima ar…..hohohoho…..silap aribulan aku buat team futsal ngan adik2 aku yg dnyatakn diatas ….hohohoho………smpai dsini,slam syg drku buat semua……….

Adik-Adik….

Wednesday, September 7th, 2005

assalamaualaikum……sblm dmulakan sesi  kali nih,terlebih dahulu trimas ar kat jojo & azriyan ngan komen yg dberikn……knapa asyik mengutarakn isu homoseksual dlm blog yg spttnya dhiasi ngan kata2 cinta nih?bak kata waheeda,munkin org ramai xsedar sbb think positif n anggap klu homoseksual tu kuar ngan kawan2 jer,tp klu kita teliti,benda tu senang2 jer berlaku pada kita.senang pergi ar kat UiTM shah alam,bukan nak kutuk tempat tu,tp situ bleh djumpai ngan mudah.xpn jln2 kat klcc ker,midvalley ker rsanya senang2 jer jumpa pompuan buat french kiss xpan menghiraukn pandangan org lain dan tanpa menghormati budaya kita.knapa cakap cmnih,sbb mata nih sendri nampak….so masalh nih kena dsetelkn sblm anak kita terpengaruh.knapa?muda lagi nak pkkn benda camtu?pada aku nihla masanya merancang.bukn anak2 kita,cam sedara mara kita,klu da terjebak,mmg ssh nak balik ke pangkal jaln…….xcaya?pergi ar tanya sendri mangsa keadaan……

dr waheed,berita harian harinih…sambungan skit topik kat bawah tu….hehehehhe

Monday, September 5th, 2005

Bimbang ramai golongan homoseksual

ANTARA lagu yang termuat di dalam album keduanya akan datang, Waheeda menyelitkan sebuah lagu berjudul The Man ciptaannya sendiri. Ia adalah sebuah lagu yang ditujukan buat golongan homoseksual kerana bimbang dengan pertambahan golongan berkenaan.

“Jangan salah anggap dengan niat saya, The Man dicipta di atas pengalaman yang saya alami sendiri. Kadang kala kita tidak sedar bencana yang terjadi kepada kita itu ada hikmahnya seperti tsunami dan sebagainya.

“Kita mungkin tidak nampak, tapi bila difikirkan kembali ia adalah kifarah di atas dosa yang kita lakukan di dunia ini. Saya bukan menghina golongan itu dan tidak takut dicemuh, sebagai umat Islam saya berasa terpanggil untuk meluahkan perasaan saya.

“Kalau tidak dapat mengubah mereka sekali gus, sekurang-kurangnya dapat ubah minda mereka pun sudah cukup buat saya,” katanya lagi.

The Man sudah diperdengarkan buat pertama kalinya kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah (Unimas) kira-kira tiga minggu lalu ketika memenuhi undangan nyanyian.

serba serbi coretan

Monday, September 5th, 2005

assalamualaikum….

da lama ar gak blog nih menyepikn dri n ramai ar gak yg tanyakn khabar nih.pada para pembaca yg menghargai coretan rasa dri nih,aku mengucapkn trimas bnyk2….bkn niat dri utk menyepi tanpa berita,namun hidup kita bukan sekadar utk imaginasi n berblog,aku juga mahukn ruang utk meneruskn hidup ini.aku juga perlu melakukn kajian utk mengupkn lagi kualiti coretan dri….bukan sekadar berbual kosong n meluahkn perasaan,namun aku harus berani memberikan perndapat dalam bnyk isu……..CINTA?itu isu feveret yg mmg smpai skang aku suka bicarakn.baik buruk cinta aku xrasa semunya,namun aku sudah bnyk mengalaminya n aku dapat rasa ada lagi rintangan n ranjau yg menntiku dmasa depan……..

coretan kali nih aku bawakn kisah seorang sahabat yg ada kembali mencari kelibatku dsini meminta nasihat n pendapat dlm kisah cintanya…..da lama aku letak jawatan jd Dr. Love nih sbb aku nak setelkn msalah aku sendri,namun kerana kisahnya agak tragik, aku rasa da macam kewajipan aku utk mendengar luahan rasa n cintanya (bukan kat aku,kat org lain sbb aku bukan gay)

sahabat nih da kerja da,akitek lagi.tua skit aku, ada bini, 2 anak klu xsilap aku.(skang tahulakan yg dia laki?)masalah dia,dia ngan bini dia nih da macam musuh n walaupun 1 sgi diorang nih masih suami isteri,namun masing2 bawak haluan masin2.yg sahabatnih menyalahkn isterinya yg xtahu layan drinya n mementingkan kerja.melalui dia,aku dapati dia da bnyk kali membuang ego utk bawa berbincang ngan isteri (aku xda peluan nak cakap ngan isteri diapun) dia,namun hasilnya masih sia2.menurutnya lagi,yg membuatkn mereka bersama,ialah anak2.mereka xnak bercerai sbb risaukn anak2……..namun bila aku selidik,ntah apa maksud anak2pn aku xtahu!2 2 aku dapati sebuk ngan kerja masing2, and then anak2 djaga oleh nenek ngan atuk diorang…….skangn nih berita2 hangat mengatakn isteri dia ada affair ngan bos dia……….punggah!!!

so,yg nak dceritakn kat sini plak,masalh sahabat nih sbnarnya…..dia plak da tahu bini dia ada affair,dia buat dont know ajala sbb dia mmg da xsayang kot kat bini dia(aku xsempat tanyapun sbb dia nangis2 dalm phone citer,so xnak ar beratkn lagi masalah jiwa dia nih)…….dia plak da jatuh atila ngan sorang awek nih…..buat masalh lagi besar,awek nih plak dah lesbo yg nak berubah jd straight……..(tmbah kuasa dua masalh la kn?)namun apa nak dkato,cinta nih buta n aku xda la nak tru salahkn dia sbb citer dia xabis lagi……..

dpendekkn cite (aku da letih naip) dia suruh ar awek dia nih plh antara dia@ hidup sbagai lesbian……and then setelah seketika masalh nih reda sbb awek dia nih plh sahabat nih,sampai la minggu lepas awek nih kol dia cakap dia nak jai lesbodoh balik……so aku tanya ar,knapableh jadi cmtu plak,dia ckap sbb influence citer lesbo (sambungan sex and the city,aku xbrapa igt tajuk dia tp awek dlm nih mmg awek2 cun yg lesbo ar)…………..

mula2 kena ar cool jer cam kumpulan cool tu dengar msalh dia,bila aku tanya da brapa lama xsolat?tahu jawapan dia?2 tahun?punya meradang aku rasa,tu yg aku nak maki jer,tp sbb bak kat afdlin dalam soal siapa,cool cool cam kump cool,aku cakap ar,klu nak ubah benda cmnih kena ubah dri sndri dulu…..aku cakap klu nak nasihat aku, aku minta dia jaga solat ar dulu (actually,aku harap Allah akn bg petunjuk kat dia sbb masalh dia nih besar tmbah plak main kayu 3.aku mmg anti org camnih,tp kawannyer pasal,kena ar tolong mana yg mampu….)……so,letih aku nak citer,aku nasihat,bagi kata semangat n igtkn ar pasal raya ngan pose yg nun menghampir nih….bukn kat dri nih baik n sempurna,cuma tolong mana yg mampu……..

dr kisah nih, walaupun aku sebagai pakar kaunselor sambilan aja,namun ia ttap ngajar aku jgn sesekali kita lupa kat yang Maha Esa….bila kita lupa Dia,apa la nak jadi kat kita klu Dia lupa kat kita?………..sama2 ar kita pkkan….(nasihat nih utk aku n dtaja aku)….

tukar topik lebih pasal plak,igt xciter yg aku bgtau dulu?sugar rush,6 feet under ngan will & Grace?citer2 nih citer2 high class nih cam 6 feet under ada HBO puner logo,will & grace plak hot giler kat us ngan UK.sugar rush,mmg ramai ar xmiss klu da ikut episod citer dia…….apa persamaan citer2 nih?ia mengisahkn kehidupan manusia……..namun persamaan lain plak ada pasal hubungan sejenis…..wah panaskn isu nih?sugar rush pasal pompuan masalh ngan laki akhirnya jadi lesbo n influence kawan dia(aku tgk 1 episod jer tp dpt dia punyer sinosis dr edisi dvd).will & grace plak citer pasal gay guy…klaka,bleh buat tontonan ringan namun jgn terpengaruh n klu ada org bawka masuk malaysia citer nih mmg sahih ar dia gay….citernih totally gay!!!citer 6 feet under plak bnyk pada masalh family ngan adik bradik,mak baapak n everything,namun ada gak isu sejenis nih……….akupn xtahu ar cmana influence benda2 nih bleh cam kuat giler kat negara2 maju…..bahaya giler klu pk balik sbb negara kita bakal jadi negara maju n klu benda2 nih xdbendung ngan keras,malulah kita anak malaysia yg terkenal ngan budi bahasa n adat resam……mana semua tu pergi?jln2 kat K.L, Penang,bleh tgk sendri apa yg jadi kat anak2 malaysia……rasanya aku da pernah citerkn ada sorang kawan kat sini mak dia org malaysia nama asal…..bte buang,skang da jd mrs mangan……blum lagi aku citer selok belok dunia malam kat k.l……..

panjang sgt n makin serius cretan kosong kali nih…..sajer nak ajak para pembaca berfikir n menyedarkn mereka2 yg masih tertidur (cam aku yg kuat tido nih)……marilah kita menjaga tanah air kita n sama2 kita menjaga tatasusila kita yg dhormati dunia……..salam perantau,adios…….